Penyokong bola sepak kembali ke stadium

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan selamat kembali ke stadium kepada penyokong atau digelar pemain sebagai ke-12 dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Ia susulan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa kerajaan membenarkan kehadiran penyokong ke stadium dengan kapasiti tertentu bermula bulan depan.

Reezal dalam kenyataan di Facebook miliknya menjelaskan, kebenaran itu berkuatkuasa pada 1 April ini dengan dua perlawanan akan dibenarkan dahulu sebagai percubaan atau ‘Proof of Concept (POC)’ untuk menilai keberkesanan protokol pengurusan penonton.

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sudah mengenal pasti dua lokasi perlawanan untuk proses percubaan iaitu di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 2 April dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 3 April ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Mac 2021

Suara Sarawak