Peraduan ‘Jom Masak & Menang Bersama MAGGI’ tawar hadiah kereta Limited Edition Isuzu D-Max

KUCHING: Sebuah kereta Limited Edition Isuzu D-Max bernilai RM136,000 menjadi rebutan utama bagi meraikan sambutan Hari Gawai Dayak akan datang melalui peraduan ‘Jom Masak & Menang Bersama MAGGI’ mulai 1 Mei sehingga 30 Jun tahun ini yang dirasmikan oleh Adun Batu Kitang YB Lo Khere Chiang di sebuah pusat membeli-belah Emart Batu Kawa di sini, semalam.

Pengurus Cawangan Nestle Sarawak, Lee Hsuen Fu berkata peraduan ini merupakan acara tahunan Maggi yang kini memasuki tahun yang ke-5. “Sejak permulaan penganjurannya dalam tahun 2015 khasnya untuk pelanggan-pelanggan Maggi di Malaysia Timur sempena perayaan pesta menuai seperti Kaamatan dan Gawai Dayak, kami telah berusaha untuk menjadikan setiap edisi peraduan ini lebih besar dan istimewa berbanding tahun sebelumnya.

“Sebuah kereta Limited Edition Isuzu D-Max bernilai RM136,000 menjadi rebutan utama selain hadiah wang tunai, peralatan dapur sebagai hadiah mingguan sepanjang tempoh peraduan dan kad petrol bernilai RM100 bagi setiap 1,000 peserta yang layak pastinya lebih menarik hati para pelanggan. Untuk menyertai peraduan ini pelanggan perlu melengkapkan borang yang disediakan oleh pihak Maggi,” katanya yang turut sama hadir mengiringi YB Lo Khere Chiang.

Lee juga memberitahu selain peraduan ini, Maggi telah mengadakan 12 jerayawara atau ‘roadshow’ dan pelanggan boleh menikmati kemunculan khas Cruiser Era FM dengan mendapatkan hadiah Maggi eksklusif bersama pembelian produk Maggi bernilai RM25 sebelum Grand Final yang akan diadakan pada bulan Julai akan datang.

“Pelanggan boleh menikmati perisa tambahan dari Maggi Pedas Giler iaitu dua kali lebih pedas dan lazat, perencah dan perisa bumbu aromatik dan kari Maggi dua cara sup dan goreng merupakan produk utama yang diketengahkan sepanjang peraduan ini berlangsung.

Adun Batu Kitang YB Lo Khere Chiang (tiga dari kiri) merasmikan peraduan ‘Jom Masak & Menang Bersama MAGGI’ bersama Lee Hsuen Fu (tiga dari kanan), Pengurus Cawangan Nestle Sarawak serta para jemputan yang hadir.

“Oleh itu, saya mengharapkan kemeriahan perayaan Hari Gawai yang akan diraikan menjelang Jun nanti bakal memberikan suasana yang menarik bagi pelanggan-pelanggan Maggi dimana setiap keluarga dapat berkumpul bersama menikmati masakkan yang enak dan lazat bersama Maggi,” katanya lagi.

Manakala, Adun Batu Kitang YB Lo Khere Chiang juga Pengarah Majlis Pembandaran Padawan yang merasmikan pelancaran peraduan ini berkata produk Maggi ini sudah menjadi signifikan dikalangan pelanggan. “Bukan hanya Maggi, produk Nestle khususnya telah menjadi pilihan utama oleh kerana kualiti nutrisi untuk kesihatan menjadikan produk ini dipercayai ramai.

“Lebih-lebih lagi musim perayaan Gawai Dayak nanti pastinya pelbagai jenis hidangan yang lazat dari suku kaum Iban dalam mempamerkan budaya dan adat yang menjadi sesuatu yang unik di Sarawak. Maggi membantu kaum lain untuk memahami budaya dan masakkan mereka yang meraikan perayaan ini,” katanya.

Para pelanggan yang ingin mencuba nasib berpeluang memenangi kereta Limited Edition Isuzu D-Max dan pelbagai hadiah menarik yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai cara menyertai peraduan bolehlah melawati laman rasmiwww.maggi.com.my atau halaman facebook diwww.facebook.com/MaggiMalaysia.

MENARIK…. YB Lo Khere Chiang (empat dari kanan) dan Lee Hsuen Fu (dua dari kiri) mengadakan sesi bergambar bersama kereta Limited Edition Isuzu D-Max yang dipertandingan dalam peraduan ‘Jom Masak & Menang Bersama MAGGI’ disini, semalam.

Suara Sarawak