ARTIKEL

Nga Kor Ming

Perak tuan rumah Hari Anggota Bomba Sedunia 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH, Perak: Perak dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan pada 4 Mei depan.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, berkata sambutan itu yang diadakan di taman tema terkemuka ‘Lost World of Tambun’ dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pelbagai program dan aktiviti dianjurkan sepanjang sambutan berkenaan antaranya pertunjukan bom air dan helikopter serta kemunculan ‘Abang Bomba’ bertubuh ‘sado’ yang bakal mencuri tumpuan pengunjung hadir.

“KPKT juga berjaya mendapat dana daripada kerajaan berjumlah RM267 juta bagi perolehan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan peruntukan itu termasuk pembelian 150 unit ’Compact Fire Rescue Tender’ (CFRT) yang canggih bernilai RM147 juta.

“Peruntukan ini adalah tertinggi dalam sejarah bagi perolehan pasukan JBPM sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada Wira Merah negara,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pengamal media anjuran Ibu Pejabat DAP Perak di sebuah restoran di sini malam tadi.

Nga berkata Perdana Menteri juga dijangka merasmikan Taman Rekreasi MADANI pertama yang telah siap sepenuhnya di Taman Woodlands, Bandar Baru Tambun pada hari sama.

“KPKT akan memperuntukkan RM50 juta untuk membina taman rekreasi awam di seluruh negara dan sebanyak 22 taman rekreasi awam dibina di Perak membabitkan peruntukan sebanyak RM11 juta,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jaga manah ‘Kumang Menua’ kitai

KUMANG ba budaya kitai Iban chukup besai bendar reti lalu nya ngenang pemajik, pemintar, pemanah budi basa enggau status siku indu dara. Nya alai, ukai