Trending

Peranan ketua kaum mencabar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Majlis Penyerahan Sumbangan Geran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kawasan Dun Satok diadakan baru-baru ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Media CyberSatok baru-baru ini, geran tersebut juga telah diserahkan kepada 17 penerima yang terdiri daripada pemanca, tuai rumah, ketua kampung dan kapitan.

Geran tersebut merupakan sumbangan Ketua Menteri yang juga Ketua PBB Cawangan Satok Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sehubungan itu, geran tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Ketua PBB Cawangan Satok Datuk Ibrahim Baki yang mewakili Ketua Menteri.

Selain itu, majlis itu telah diadakan secara ringkas dan santai dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Tanggungjawab serta peranan JKKK semakin bertambah dan mencabar ketika wabak Covid-19 melanda dunia.

Oleh itu bagi memperkasakan institusi JKKK, diharapkan geran itu dapat membantu keupayaan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab di kawasan masing-masing dengan berkesan.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Samad Gany dan Naib Ketua PBB Cawangan Satok Helmi Othman.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru