ARTIKEL

Abdul Karim (barisan belakang, lima kiri) merakam gambar kenang-kenangan bersama penerima sijil pada Majlis bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum N15 Asajaya di sebuah hotel di Kuching.

Peranan ketua masyarakat, ketua kaum penting untuk mengekalkan perpaduan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai empat individu dilantik sebagai ketua kaum (KK), tuai rumah dan kapitan di kawasan Asajaya secara rasmi bagi tempoh bermula 1 Mac 2024 hingga 31 Disember 2027.

Manakala 11 KK dan ketua masyarakat (KM) di kawasan sama dilanjutkan semua perkhidmatan mereka berkuat kuasa pada tahun ini hingga tahun 2025 dan 2026.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pemilihan KK dan KM dilaksanakan secara berwibawa untuk memastikan calon yang dipilih dapat memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

“Dalam rekod terdapat empat KM dan KK Asajaya telah tamat tempoh, kita sebenarnya mahu melihat orang yang dilantik adalah dalam kalangan orang berwibawa, bukan orang yang mengikut perasaan.

“Kita akan melihat sama ada mereka betul-betul berwibawa, dapat jalankan tanggungjawab dengan baik.

“Kalau tidak, kita akan fikir semula sama ada mengekalkan calon lama atau sebaliknya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum N15 Asajaya di Hotel Grand Margherita di sini, hari ini.

Menurut Abdul Karim, peranan KM mahupun KK penting dalam sistem pentadbiran negeri Sarawak.

Katanya, keunikan sistem pentadbiran sivil yang diterapkan serta sistem pengawasan pentadbiran ketika zaman Brooke sedikit sebanyak memberi kesan terhadap peranan KM dan KK dalam kemenjadian perpaduan yang terdapat di negeri ini.

“Untuk makluman, sistem pentadbiran Sarawak adalah berlainan berbanding di Semenanjung.

“Sarawak ada sistem pentadbiran sivil, sistem pentadbiran dari segi adat.

“Di sini uniknya di Sarawak, kita dapat melihat kestabilan politik di Sarawak, termasuk sistem pengawasan pentabdiran di bawah adat yang dikekalkan pada zaman Brooke,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan Kerajaan Sarawak kini masih dalam usaha untuk mengkaji secara lanjut tentang elaun dan imbuhan tambahan kepada KK dan KM.

Terdahulu, majlis menyaksikan penyerahan sijil kepada 11 pegawai baharu dan lanjutan diberikan sebelum disambung dengan penyerahan penghargaan kepada empat individu yang telah tamat tempoh perkhidmatan.

Pada acara sama, Abdul Karim turut menyerahkan sumbangan bernilai RM300,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi menjalani projek membina dewan masyarakat di Tokong Sam San Kuak Bong, Sambir.

BERITA LAIN

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Ujian Hidup Bella Astillah

PELAKON Bella Astillah baru-baru ini meluahkan rasa kesal selepas perceraian keduanya dengan penyanyi Aliff Aziz. Perceraian ini berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, menjadi

Hayati falsafah korban

HARI ini 10 Zulhijah 1445 Hijrah, umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ia sangat sinonim dengan ibadah