ARTIKEL

Perancis minta Israel henti keganasan terhadap Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Menteri Luar Perancis, Stephane Sejourne meminta agar keganasan pemukim Israel terhadap warga Palestin di Tebing Barat dihentikan.

Sejourne menyampaikan permintaan tersebut semasa bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, pada Isnin lepas, semasa melawat Timur Tengah sebagai usaha mencadangkan gencatan senjata Israel-Hamas.

Mengutip AFP, Sejourne juga mengutuk retorik anti-Palestin, termasuk seruan “melakukan kejahatan perang” yang disuarakan sejumlah pegawai Israel.

Sejourne turut percaya kepada solusi dua negara sebagai konsep mendirikan dua negara berdampingan dan hidup serta saling mengakui kedaulatan.

Bagi Sejourne, tanpa solusi politik, tidak akan ada perdamaian yang adil dan abadi di Timur Tengah.

Setakat ini, dalam serangan Israel, lebih 27,000 jiwa rakyat Palestin terkorban.

BERITA LAIN

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor

BERITA TERBARU