“Saya menyambut baik kenyataan lisan dan bertulis dizahirkan menteri Eropah dan hal ehwal luar Perancis berhubung pendirian rasmi kerajaan Perancis yang menyokong penuh kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia berdasarkan sempadan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” Kata Menteri Luar Zambry Abdul Kadir menerusi kenyataan akhbarnya pada Sabtu.
“Ini seterusnya dapat menyangkal percubaan mana-mana pihak mencabar dan menafikan kedaulatan Malaysia,” tambah beliau.
Sebelum ini, Kementerian Luar Perancis dalam kenyataan disiarkan di laman sesawang pada Sabtu, memuatkan ucapan Menteri Hal Ehwal Perancis, Catherine Colonna “mengiktiraf kedaulatan penuh Malaysia berdasarkan sempadan diiktiraf antarabangsa” semasa pertemuan dua hala dengan
Menteri Luar Zambry Abdul Kadir di Paris.
Zambry mengadakan lawatan sulung di Perancis pada awal Jun mengadakan mesyuarat dua hala selain menilai kemajuan kerjasama dan meneroka potensi kolaborasi baharu yang lebih komprehensif.