PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Perang bendera GPS dan PSB di Tanjong Datu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Penduduk kampung dilihat sedang memasang bendera dan banner GPS sempena kempen PRN-12.

LUNDU: Kemeriahan kempen Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak kian terasa di Tanjong Datu dengan menyaksikan bendera parti-parti politik bertanding semakin rancak mewarnai sepanjang kawasan terlibat.

Tinjauan Suara Sarawak di sekitar kampung dan Pekan Lundu mendapati berlaku perang bendera antara dua parti iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Bendera-bendera parti masing-masing dilihat diletakkan di sepanjang jalan dalam kampung-kampung.

Namun setakat ini, bendera Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang turut bertanding di kawasan ini belum diletak atau dipasang.

Terdahulu, pada hari penamaan calon 6 Disember lalu, empat calon disahkan bertanding bagi PRN-12 bagi Dun Tanjong Datu.

Empat calon itu terdiri daripada Azizul Annuar Adenan dari GPS, Jery’n Fauzi (PSB), Goem Pijar (PBK) dan Abdul Talip Ba’ee (Bebas).

Bendera GPS dan PSB dilihat mewarnai jalan di sepanjang kampung.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan