Trending

Perangi berita palsu menerusi kuat kuasa undang-undang SKMM

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menguatkuasakan undang-undang tertentu dalam memerangi penyebaran berita palsu di negara ini.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sambil menambah, tiada kebebasan mutlak untuk orang awam menyebarkan berita palsu kerana semua perkara perlu ada hadnya.

“Sebelum ini saya telah bercakap dengan menteri berkaitan dan saya rasa SKMM perlu menguatkuasakan undang-undang dan mesti ada cara tertentu dilaksanakan oleh mereka.

“Tidak ada kebebasan mutlak dan tiada kebebasan 100 peratus kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri rumah terbuka Gawai Dayak Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan di kediaman Snowdan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu berhubung hantaran berita palsu di media sosial dan aplikasi Whatsapp yang menyentuh perihal status kesihatan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata Amerika Syarikat (US) kini turut melihat isu mengenai kebebasan dalam kalangan rakyatnya kerana terdapat banyak insiden tembakan berlaku di negara tersebut.

“Di US, anda boleh memiliki senjata tetapi adakah ini bermakna anda selamat, jadi mesti ada had untuk kebebasan,” ujarnya sambil menambah SKMM kini perlu tegas dalam melaksanakan undang-undang berhubung perkara penyebaran berita palsu tersebut.

Jelas Abang Johari, kerajaan bukannya berniat untuk mengawal sepenuhnya isu kebebasan dalam sesebuah negara tetapi mesti ada peraturan tertentu berhubung perkara berkenaan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Adele akui sudah kahwin

PENYANYI, Adele atau nama sebenarnya, Adele Laurie Blue Adkins mengakui

Konvokesyen Ikmas Ke-19

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada 64 graduan Ikmas yang terdiri daripada