Perangi berita palsu

KUCHING: Berita palsu yang disebar melalui media sosial amat membimbangkan kerana ia dapat membawa kesan negatif kepada masyarakat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama antara dua syarikat media SV News Sdn Bhd dengan Media Prima Bhd menjadi platform meningkatkan lagi penyebaran maklumat sahih kepada masyarakat.

“Ini sekali gus menangani ancaman berita palsu yang semakin menular melalui media sosial ketika ini,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SV News dan Media Prima di Dewan Kenyalang, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Abang Johari berkata, beliau merasakan kerjasama antara SV News Sdn Bhd dan Media Prima Bhd akan dapat memberi fakta dalam menganalisis apa yang dihadapi masyarakat selain maklumat yang tulen dan sahih.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SV News dan Media Prima Berhad di Dewan Kenyalang, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Suara Sarawak