ARTIKEL

Perangi jenayah pemerdagangan orang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Usaha memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran adalah tanggungjawabbersama semua pihak.

Penolong Pegawai Penerangan Riza Kasim berkata, tanggungjawab tersebut bukan sahaja terletak pada pihak berkuasa malah ia juga tanggungjawab bersama.

“Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga di peringkat komuniti bagi memastikan kegiatan jenayah tersebut dapat dibendung dan seterusnya ditumpaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat Program Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) di Dewan Serbaguna, Kampung Pengkalan Lutong di sini.

Program MAPO tersebut adalah anjuran Pejabat Penerangan Daerah Miri dan bertujuan bagi memberi kesedaran dan seterusnya berkongsi maklumat tentang bahaya dan kesan jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran kepada masyarakat.

Selain daripada perkongsian maklumat tentang MAPO, Pejabat Penerangan Daerah Miri menerusi Unit Pusat Maklumat Rakyat (PMR) turut membuat edaran bahan penerbitan terbitan Jabatan Penerangan Malaysia seperti risalah berkaitan MAPO, Malaysia MADANI dandasardasar kerajaan yang lain.

Seramai kira-kira 40 orang yang terdiri daripada penduduk Kampung Pengkalan Lutong, Miri telah hadir bersama-sama dalam program tersebut.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Penyelia Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Kampung Pengkalan Lutong, Elyza Deli.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU