ARTIKEL

Perarakan bawa mesej Segulai Sejalai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penglibatan lebih 250 peserta Gabungan Orang Asal Sarawak (GOASS) antara yang mencuri tumpuan pada Niti Daun Gawai 2023 sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka dan Sambutan Hari Gawai 2023 di sini, semalam.

Ia susulan kesemua ahli kelihatan gagah berani setelah memperagakan pakaian pahlawan Iban diikuti ahli wanitanya yang nampak jelita dan mempersonakan penonton apabila menggunakan pakaian tradisional masyarakat Dayak.

Malah, kesemua ahli terdiri daripada barisan atlet, artis tempatan dan anak seni Sarawak tersebut diketuai oleh penyampai berita radio Sarawak Bebas Peter John Jaban selain turut disertai atlet bina badan Sarawak Buda Anchah.

Sementara itu, GOASS terdiri daripada empat daripada 91 kontijen yang menyertai perarakan turut memenangi Pertandingan Niti Daun 2023 bagi kategori Kementerian, Jabatan, NGO, Badan Berkanun dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Pada masa sama, perarakan melibatkan lebih 3,000 peserta diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang turut mengetuai perarakan.

Baca lain  Keistimewaan K di MyKad

Turut menyertai Premier Timbalan Premier merangkap Penasihat Jawatankuasa Kerja Sambutan Gawai Dayak 2023 Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan ahli kenamaan lain.

Sementara itu, perarakan sejauh 1.2 kilometer bermula sekitar jam 2.15 petang di pekarangan bangunan Tun Jugah dan berakhir di Tebingan Kuching.

Dalam pada itu turut sama menyertai perarakan adalah kontinjen Persatuan Veteran Tentera KOR Renjer (PVTKR) (Sarawak Ranjer) seramai 30 orang dan Bujang Berani seramai 16 orang.

Untuk rekod Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak (PKKS) memenangi pertandingan Niti Daun 2023 bagi kategori NGO dan Persatuan Orang Ulu diikuti, Kumpulan Raban N36 Layar Betong 1 memenangi kategori NGO dan Persatuan Iban sementara Kelab Rekreasi Pengguna Dan Pengurusan Dewan Serbaguna Kpg Tematu, Kuching kategori NGO dan Persatuan Bidayuh.

Kesemua kumpulan masingmasing berjaya membawa hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Niti Daun 2023 merupakan acara perarakan bagi kaum Dayak untuk meraikan kejayaan dan pencapaian dalam sosioekonomi yang mereka kecapi pada tahun sebelumnya.

Perarakan ini diamalkan sejak 1993 oleh masyarakat Iban di kawasan Batang Baleh, Kapit dan Batang Ai, Lubuk Antu.

Baca lain  Suara Sarawak di atas meja pelajar

Ia adalah satu perarakan berjalan kaki di sepanjang ruai (koridor) rumah panjang dan berakhir di bahagian ruai tempat diadakan acara utama perayaan Gawai.

Perarakan ini merupakan sebahagian daripada upacara Ngerandang, iaitu satu upacara membersihkan laluan bagi menghalau roh jahat dan unsur jahat di sepanjang laluan.

Secara tradisinya, upacara ini dilakukan oleh pahlawan Iban dan diikuti oleh pembawa Piring (persembahan).

Mengikuti di belakang Pembawa Piring pula ialah Indu Piring iaitu wanita-wanita yang membawa dan menaburkan rendai (bertih beras) di sepanjang laluan bertujuan untuk menghalau roh jahat.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh