Trending

Perarakan Gawai Dayak Betong meriah, disertai 1,500 peserta pelbagai kaum

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BETONG: Perarakan Gawai Dayak Peringkat Betong meriah dan bewarna-warni dengan disertai lebih 1,500 peserta, hari ini.

Perarakan yang berjalan sejauh 1.8 kilometer (km) mengelilingi pasar Betong itu bukan sahaja disertai masyarakat Iban, tetapi juga pelbagai kaum lain termasuk Melayu, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu dan juga peserta dari Sabah

Disertai sejumlah 36 pasukan, perarakan disertai kakitangan jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, swasta,ketua-ketua kaum, masyarakat rumah panjang dan juga para pelajar sekolah.

Antara peserta Perarakan Gawai Dayak Betong.

Lebih menarik, ia juga disertai oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang juga ADUN Layar Datuk Gerald Rentap Jabu.

Malah, turut diserikan dengan kehadiran Miss World Malaysia 2022, Wenanita Angang dan Miss World 2018, Larissa Ping.

Perarakan tersebut bermula seawal jam 7.45 pagi di Kompleks Sukan Betong, kemudian menyaksikan setiap pasukan mempersembahkan tarian tradisional dan seni mempertahankan diri kaum masing-masing.

Secara keseluruhan, hadiah berjumlah RM10,000 beserta piala pusingan ditawarkan. Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 beserta trofi dan sijil.

Sementara tempat kedua akan menerima wang tunai RM2,000, trofi dan sijil, manakala tempat ketiga bakal mendapat RM1,000, trofi dan juga sijil.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Guru pemacu impian Sarawak

KUCHING: Guru berperanan penting dalam memastikan Sarawak berupaya merealisasikan impian

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Guru pemacu impian Sarawak

KUCHING: Guru berperanan penting dalam memastikan Sarawak berupaya merealisasikan impian