ARTIKEL

Perarakan sempena hari jadi Seng Ong Kong tarik perhatian ribuan penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Perarakan sempena sambutan hari jadi dewa Seng Ong Kong di sekitar Tokong Hong San Si

KUCHING: Sambutan ulang tahun dewa Seng Ong Kong bagi penganut Buddha disambut meriah oleh masyarakat setempat, juga pelancong dari Semenanjung Malaysia dan luar negara.

Perarakan tahunan yang diadakan kali ini dikatakan paling meriah dengan penglibatan lebih 160 buah pasukan terdiri daripada kumpulan tarian singa dan tarian naga serta membabitkan perarakan pelbagai bangsa.

Bermula sekitar jam 4.30 petang, perarakan bermula mengelilingi bandar Kuching bergerak ke Jalan Gambir menuju semula ke Carpenter Street berakhir sebelum 12 malam di Tokong Hong San Si.

Sehubungan itu, Presiden Persekutuan Persatuan China Kuching, Kota Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee mendedahkan bahawa sambutan ini merupakan satu program yang boleh menjadi tarikan.

“Kita melihat bahawa perarakan yang diadakan secara tahunan ini merupakan satu program pelancongan yang baik untuk Sarawak,” katanya ketika menghadiri sambutan hari jadi Seng Ong Kong di Tokong Hong San Si, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memuji penglibatan dari pelbagai bangsa dalam perarakan ini sambil menambah ia dapat menonjolkan keunikan Sarawak yang kaya dengan kepelbagaian.

Turut kelihatan Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Sim Kui Hian, Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng dan lain-lain.

Sementara, salah seorang pengunjung turut memberi respons baik terhadap sambutan unik ini, sekali gus mewakili warisan budaya yang ditawarkan Sarawak.

Pelancong dari Belanda, Nick Urbanaan menyatakan bahawa perarakan itu sangat cantik dan berharap dapat menyaksikan lebih banyak sambutan sedemikian pada masa akan datang.

Perarakan sempena sambutan hari jadi dewa Seng Ong Kong di sekitar Tokong Hong San Si

 

Dr Sim bersama-sama yang lain ketika menghadiri acara tersebut

 

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU