Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Peras ugut RM350, didenda RM2,500

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM2,500 atau penjara satu bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memeras ugut seorang lelaki dengan meminta wang berjumlah RM350.

Tertuduh Daniel Minkil, 27, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaanyang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memeras ugut hendak merosakkan reputasi seorang mangsa lelaki berusia 20 tahun di sebuah rumah di Sunny Hill, di sini, kira-kira jam 1.03 pagi, 10 Oktober 2020.

Berdasarkan fakta kes, semasa mangsa berada di rumahnya, dia telah menerima satu mesej dari aplikasi Michat berbaur ugutan daripada seorang lelaki yang bergelar nama Mr Dole.

Tertuduh memeras ugut mangsa hendak menyebarkan video mangsa bersama rakan lelakinya yang sedang berhibur di pusat hiburan sekiranya tidak memberikan wang yang diminta.

Tertuduh menyatakan bahawa dalam video yang sama, dia melihat mangsa sedang bercium dengan rakan lelakinya.

Mangsa kemudian menyerahkan wang sebanyak RM50 kepada tertuduh yang diletakkan di dalam peti surat.

Pada 10 Oktober 2020, sekitar jam 9.54 pagi, tertuduh sekali lagi meminta wang yang lebih banyak berjumlah RM300.

Tidak tahan dengan ugutan terbabit, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru