ARTIKEL

MENGHITUNG DETIK...Logo Sukma XXI Sarawak 2024.

Perasmian Sukma XXI 9 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Majlis Pelancaran Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 berlangsung pada 9 Mac ini.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu, program berkenaan diadakan di Hotel Pullman, Kuching.

“Majlis Pelancaran Sukma XXI Sarawak 2024 akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” ujarnya pada sidang media Kejohanan Golf Remaja Antara Negeri PGABS 2024 dipejabat beliau tadi.

Karim turut menyatakan, program pelancaran pada tarikh tersebut dijadual bermula 2 petang dan turut dihadiri barisan atlet, jurilatih, pegawai dan semua persatuan sukan terlibat.

Temasya Sukma XXI Sarawak 2024 berlangsung bermula 17 hingga 24 Ogos nanti.

Sebanyak 37 acara sukan dipertandingkan sepanjang lapan hari temasya itu berlangsung yang membabitkan Sembilan bahagian di negeri ini seperti Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri

BERITA LAIN

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,