Perayaan disambut secara kecil-kecilan

KUCHING: Kelainan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bukan penghalang kepada masyarakat untuk menyambut perayaan tersebut secara kecil-kecilan.

Ia sejajar dengan saranan kerajaan yang menggalakkan perayaan itu diadakan berdasarkan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

Meskipun amalan berziarah adalah dihadkan, namun aktiviti menyediakan juadah tetap diadakan seperti biasa untuk dijamu kepada ahli keluarga dan saudara terdekat sahaja.

Tindakan itu adalah untuk menghidupkan suasana Hari Raya yang meriah meskipun tidak melibatkan kehadiran semua ahli keluarga dan jiran-jiran seperti sebelumnya.

Diharapkan, semua pihak dapar memberi kerjasama yang menyeluruh kepada pihak berkuasa dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Suara Sarawak