ARTIKEL

Perbadanan Sukan Sarawak anjur tiga program

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) akan menganjurkan tiga program sukan bermula 13 November hingga 17 Disember ini. 

Antaranya adalah program Pencarian Bakat Sukan Sepak Takraw (Lelaki dan Wanita) yang akan berlangsung di SMK Merapok, Lawas pada 13 dan 14 November.

Diikuti Kejohanan Bola Jaring Kenyalang 2023 yang akan berlangsung di tiga bahagian iaitu Kuching (18 dan 19 November), Miri (25 dan 26 November) dan Sibu (2 dan 3 Disember).

Selain itu, Bengkel Asas Kayak Peringkat Sri Aman akan berlangsung pada 16 dan 17 Disember di Waterfront Sri Aman.

Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Awang Putrayusrie Awang Redzuan menegaskan, penganjuran kesemua tiga program berkenaan lebih fokus kepada pembabitan atlet yang berumur bawah 20 tahun.

“Pihak kita menyeru individu yang berumur bawah 20 tahun menyertai program yang dianjurkan sama ada kejohanan mahupun bengkel,” ujar Awang Putrayusrie.

Katanya, keutamaan penyertaan diberi kepada individu atau atlet kelahiran Sarawak bagi kesemua tiga acara sukan berkenaan.

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim