Trending

Perbalahan dalaman SUPP Kuching hanya pergaduhan kekeluargaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching tidak mempunyai hak sebenar untuk menamakan calon, tegas Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Presiden SUPP itu menegaskan perkara tersebut termaktub dalam perlembagaan parti iaitu parti cawangan berhak menyatakan calon mana yang patut bertanding di cawangan mereka.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada perbalahan dalaman di cawangan parti berhubung keputusan meletakkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng bagi kerusi Padungan pada Pilihan Raya Sarawak ke-12.

Jelasnya, perbalahan tersebut disifatkan sebagai pergaduhan kekeluargaan dalam memastikan parti dapat memberikan apa yang terbaik kepada rakyat.

Isnin lalu, ketua bahagian Kuching Datuk Lily Yong mendakwa Wee bukan antara dua nama yang dicadangkan kepada kepimpinan parti untuk bertanding di Padungan yang menyebabkan cawangan itu membubarkan jentera partinya sebagai membantah pencalonan Wee.

“Itu perkara biasa dalam parti dan kita anggap sebagai gaduh keluarga, jelas dalam perlembagaan parti kita, tidak pernah dinyatakan bahawa parti cawangan mempunyai hak untuk menamakan calon.

“Misalnya, saya sendiri bukan dari SUPP cawangan Batu Kawah tetapi saya pengerusi SUPP cawangan Pending, namun saya adalah YB Batu Kawah (wakil rakyat),” jelas beliau.

Justeru katanya, apa yang penting ketika ini adalah semua ahli parti perlu berganding bahu untuk memahami bahawa kepentingan parti adalah mengikut kepentingan tertinggi parti, bukan kepentingan peribadi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru