Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Perbanyak produk nilai tambah tinggi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Industri perkayuan disyor supaya mentransformasikan aktiviti dan operasi mereka dengan mengeluarkan lebih banyak produk perkayuan nilai tambah tinggi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata transformasi itu antaranya menggunakan lebih banyak bahan mentah dari ladang hutan serta buluh secara optimum.

Menurutnya, prestasi industri perkayuan Sarawak bagi 2022 menunjukkan peningkatan nilai eksport sebanyak dua peratus kepada RM3.95 bilion berbanding RM3.88 bilion pada 2021.

Bagaimanapun katanya, bagi tempoh suku pertama 2023, nilai eksport produk perkayuan menunjukkan penurunan sebanyak 28 peratus kepada RM752 juta berbanding RM1.04 bilion pada tempoh yang sama 2022. 

“Penurunan jumlah eksport ini adalah kesan daripada pengurangan import produk utama seperti papan lapis, balak dan papan gentian oleh negara Jepun dan India.

“Justeru, pada masa ini eksport produk perkayuan di Sarawak masih lagi tertumpu kepada eksport produk utama ini (bahan mentah dari ladang hutan dan buluh),” katanya yang juga merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II.

Baca lain  Reformasi penstrukturan negara

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan menteri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Menjelas lanjut, katanya dalam tempoh tersebut (suku pertama 2023), Jepun merupakan negara pengimport utama bagi produk perkayuan yang menyumbang sebanyak RM377 juta atau 50 peratus daripada keseluruhan nilai eksport Sarawak.

Manakala pasaran utama lain ialah India sebanyak RM99 juta, negara Timur Tengah sebanyak RM80 juta, Taiwan sebanyak RM41 juta dan China sebanyak RM37 juta.

Sehubungan itu ujarnya, pengeluar dan pengeksport barangan kayu tempatan perlu berdaya saing di pasaran tempatan dan global dengan mengadaptasi teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang menekankan teknologi automasi dan digital.  

“Pihak industri perlu berubah dan komited untuk melaksanakan perubahan dalam operasi mereka sesuai dengan bekalan bahan mentah diperoleh dari ladang hutan. 

“Usaha ini adalah komitmen berterusan kerajaan untuk memacu kelestarian industri perkayuan agar sentiasa relevan dan berdaya saing,” tambahnya.

Ujarnya, pihak industri harus komited untuk anjakan paradigma bagi menyokong dan merealisasikan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk mencapai kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 JUN 2023

Berita Terbaru