KUCHING: Mahkamah Tinggi Kuching menetapkan tarikh perbicaraan baharu bagi kes saman fitnah yang difailkan oleh Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian terhadap Michael Kong, iaitu pembantu khas kepada Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuching Alexander Siew How Wai hari ini menetapkan tarikh kes pada 20 Mac hingga 6 April 2023 dan mengosongkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada awalnya iaitu 4 Julai hingga 15 Julai tahun ini.
Alexander juga menolak permohonan plaintif untuk menangguhkan semua prosiding kes berkenaan sementara menunggu pemohonan penuh dan pemohonan akhir kepada Mahkamah Rayuan.
Dalam saman fitnah yang difailkan oleh Sim terhadap Kong, plaintif telah memohon Mahkamah Tinggi Kuching untuk mengugurkan Pesuruhjaya Kehakiman Alexander daripada mendengar kes.
Dengan itu, Alexander telah menolak permohonan penguguran hakim oleh plaintif pada 24 Ogos tahun lalu.
Sementara, plantif telah memohon kepada Alexander untuk menangguhkan semua prosiding kes sementara menunggu keputusan penuh dan muktamad dari Mahkamah Rayuan.
Pada tahun 2020, Sim mengambil tindakan undang-undang terhadap Kong atas kenyataan yang didakwa fitnah ke atas dana bantuan makanan semasa pandemik Covid-19.
Kong dilaporkan telah menuduh Sim, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Awam menyalah guna dana untuk bantuan makanan yang diperuntukkan untuk Padungan, Batu Lintang, Pending dan Kota Sentosa berjumlah RM800,000.
Susulan itu, Sim menuduh pemimpin DAP itu melampaui batas dengan membuat tohmahan terhadap beliau tanpa asas tanpa membuat pengesahan fakta terlebih dahulu.
Sim diwakili oleh peguam Shankar Ram dan Datuk Bong Ah Loi sementara Kong diwakili peguam Chong Chieng Jen.

