ARTIKEL

Awang Tengah mempengerusikan mesyuarat ketiga PACC Sarawak.

Perbincangan Petros sebagai ‘agregator’ gas di Sarawak dijangka selesai 1 Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbincangan antara Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung Petros dilantik sebagai “agregator” tunggal di Sarawak dijangka selesai pada 1 Julai depan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan Jawatankuasa Penasihat dan Penyelarasan Petroleum (PACC) Sarawak dalam mesyuarat ketiga jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Dalam mesyuarat itu, PACC menerima laporan kemajuan dari empat jawatankuasa kecil iaitu Jawatankuasa Pengagihan Gas, Jawatankuasa Promosi dan Pelaburan Industri, Jawatankuasa Kawal Selia dan Pematuhan dan Jawatankuasa Dasar, Alam Sekitar dan Tenaga Lestari.

Kerajaan Sarawak memberi jaminan bahawa mereka akan mematuhi undang-undang negeri terutamanya Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016 (Pindaan 2023).

Selain itu, Petronas akan bekerjasama dengan Petros untuk memastikan peranan agregator gas berjalan dengan lancar.

“Dalam pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), kemajuan projek CCUS dibangunkan melalui kerjasama dengan Petronas, PTTEP dari Thailand dan Konsortium Jepun.

Dalam mesyuarat itu, Awang Tengah berpuas hati dengan kemajuan yang dilakukan oleh Petros dalam projek SGR termasuk loji janakuasa Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) Miri 500MW, saluran paip gas Samalaju serta Hab Kuching dan infrastruktur yang dirancang.

Sasaran yang ditetapkan oleh Premier Sarawak dari segi kapasiti penjanaan kuasa negeri ialah 10,000MW menjelang 2030.

Potensi pelaburan berteknologi tinggi di Sarawak hanya boleh direalisasikan dengan perancangan tenaga yang betul dan keupayaan untuk mendapatkan gas asli berharga berpatutan.

Dalam mesyuarat itu Awang Tengah turut mengingatkan Ahli PACC Sarawak diingatkan untuk meningkatkan penyertaan dalam aktiviti huluan dan hiliran industri minyak dan gas.

Beliau berkata, ia bertujuan untuk meransang ekonomi domestik dan mewujudkan peluang pekerjaan tempatan bagi rakyat Sarawak dan kontraktor Sarawak dengan bekerjasama merentasi kementerian, agensi dan Petros.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

BERITA TERBARU

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri