ARTIKEL

Percepat penempatan semula Rohingya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Indonesia meminta Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) menggesa negara-negara di bawah Konvensyen Pelarian mempercepat penempatan semula pelarian Rohingya.

Menteri Luar, Retno Marsudi membuat gesaan itu semasa mengadakan pertemuan dengan UNHCR di Geneva, sambil menekankan kepentingan menangani isu pelarian Rohingya bagi mengelakkan beban yang tidak sepatutnya ke atas negara lain terutamanya Indonesia.

Semasa pertemuan itu, beliau membincangkan isu mendesak pelarian Rohingya yang memasuki wilayah Indonesia dan kebimbangan akan kes pemerdagangan manusia.

“Dalam pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi UNHCR Filippo Grandi, (beliau) memahami cabaran yang dihadapi Indonesia,” katanya dalam sidang media secara maya pada Rabu. Menurut data terbaharu UNHCR, lebih 1,200 warga Rohingya tiba di Indonesia sejak November dan sekurang-kurangnya 300 daripadanya tiba di Aceh dalam tempoh seminggu lalu.

Retno berkata, Agensi Pelarian PBB berikrar membantu menyelesaikan isu terbabit dengan memberikan bantuan menyokong kehidupan pelarian Rohingya.

Pada Isnin, Presiden Joko Widodo atau Jokowi berkata, kerajaannya menyediakan tempat perlindungan sementara untuk pelarian Rohingya yang tiba di wilayah Indonesia.

Minggu lalu, beliau turut menyuarakan kebimbangan jenayah pemerdagangan manusia yang dikaitkan dengan peningkatan jumlah pelarian Rohingya yang memasuki Indonesia, khususnya di Aceh.

Jokowi mengarahkan Menteri Koordinator Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan Mahfud MD untuk menangani isu berkenaan.

Indonesia belum menyertai Konvensyen Berkaitan Status Pelarian 1951 atau Protokol 1967, namun masih berpegang kepada tradisi lama dengan memberikan akses dan menjadi tuan rumah kepada pelarian, berpandukan undang-undang pelarian kebangsaan yang digubal pada Disember 2016.

Undang-undang itu membenarkan perlindungan sementara sehingga lebih banyak penyelesaian kukuh dibuat bagi pelarian di negara itu, menurut UNHCR Indonesia. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan