ARTIKEL

Percepat penurunan kuasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan.

Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir.

Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi kepentingan nasional dan aspek perkhidmatan berhubung pentadbiran negara.

Ada sembilan perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan seperti hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, pentadbiran keadilan, kewarganegaraan, kewangan, perhubungan dan pengangkutan, pelajaran serta perubatan dan kesihatan.

Sementara kuasa Kerajaan Negeri mengikut Senarai Negeri (dalan Perlembagaan Persekutuan).

Antara perkara yang terkandung ialah undangundang Islam, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan dan hari kelepasan negeri.

Sementara bagi Senarai Bersama melibatkan kebajikan awam, biasiswa, perlindungan haiwan liar dan taman negara, perancangan bandar dan luar bandar, kesihatan awam, kesihatan dan pencegahan penyakit, kebudayaan dan sukan serta perumahan.

Ada lagi peruntukan tambahan kepada Sarawak dan Sabah termasuk Akta Imigresen 1963.

KEKALKAN KUASA

Kerajaan Negeri diberi kuasa mengekalkan kuasa kawalan, kemasukan dan kediaman di Sarawak dan Sabah. Secara asasnya, itulah pembahagian kuasa yang diamalkan.

Namun, sejak era Tok Nan tuntutan atau penurunan kuasa seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) lantang diperjuangkan.

Sehingga, banyak yang dipersetujui Kerajaan Persekutuan.

Tetapi perkara yang masih ditunggu-tunggu ialah kuasa dalam perkara melibatkan kesihatan dan pendidikan.

KLINIK, SEKOLAH DAIF

Bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ia menjadi dasar besar bagi penambahbaikan terutama dari sudut penyediaan infrastruktur di fasiliti kesihatan.

Minggu lalu Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni membuat tinjauan dalam siri jelajahnya ke hospital dan klinik di Sarawak.

Banyak tempat yang dilawati. Banyak juga isu perlu diselesaikan — klinik daif.

Tetapi apa penyelesaiannya?

Mahu tidak mahu kita menunggu 100 peratus keputusan Kerajaan Persekutuan memandangkan kesihatan berada di bawah senarai mereka.

Logiknya jika bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan, agak sukar semua fasiliti kesihatan yang daif dinaik taraf, sama ceritanya tentang sekolah daif.

Ekoran peruntukan yang ada terpaksa dibahagi untuk diguna di seluruh negara.

Sebab itu penurunan kuasa amat signifikan.

Rakyat pun mula faham mengapa Kerajaan Sarawak berusaha keras mendapatkan kuasa dalam bidang kesihatan dan pendidikan.

Supaya, Kerajaan Sarawak dapat membantu membangunkan klinik dan sekolah daif mengikut acuan sendiri.

Pembangunan SK Maludam antara contoh yang berjaya dilakukan Kerajaan Sarawak.

Manfaatnya sudah pasti kepada rakyat termasuk anggota kesihatan yang bertugas di negeri ini.

SEMANGAT MEMBANTU

Secara keseluruhan kerajaan dapat memberi perkhidmatan yang lebih bermaruah.

Percayalah, klinik dan sekolah kondusif sangat diharapkan rakyat lebih-lebih lagi dunia semakin ke depan.

Lukanisman menyambut baik ketersediaan Kerajaan Sarawak untuk bekerjasama.

Perbincangannya bersamasama Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Spaoh tempoh hari, beliau malah memuji semangat Kerajaan Sarawak.

Bukan sahaja KKM yang menawarkan peruntukan, tetapi Kerajaan Sarawak sendiri bersedia untuk menampung kekurangan di pihak KKM.

Ia penting dalam mempercepat usaha pembangunan klinik.

Begitu juga pendirian Timbalan Premier Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian selaku menteri bertanggungjawab.

Beberapa kertas kerja yang dihantar kepada Menteri Kesihatan, yang mahu melihat pembangunan dan polisi kesihatan Sarawak, tidak perlu mengikut satu acuan sahaja.

Kita perlu melihat dari acuan lain seperti geografi dan demografi, serta kesesuaian budaya masyarakat di Sarawak.

LAIN-LAIN BERITA

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

Beli rumah atau sewa?

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja. Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut

ASRAMAKU RUMAHKU

ASRAMA bagi sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar amat penting untuk pelajar. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah

Sentiasa utamakan SARAWAK

TANGGAL 13 Januari 2017, merupakan tarikh bersejarah buat negeri Sarawak apabila Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil