Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Percepatkan pembangunan Score

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pembentukan tiga agensi di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) membantu mempercepatkan pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak telah meluluskan sebanyak 250 pelaksanaan projek infrastruktur dan sosioekonomi di negeri ini.

“Ia termasuk jalan raya, jambatan, bekalan air dan elektrik termasuk membaik pulih serta menaik taraf sekolah daif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Sarawak 2021 pada Persidangan Dun di sini, semalam.

Menurut Abang Johari lagi, tiga agensi tersebut ialah Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HAD) dan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

Sehubungan itu, jelas beliau, sehingga kini 86 projek dengan kos RM1.7 bilion, sementara baki projek bernilai RM2.8 bilion.

“Oleh itu, untuk mencapai perkara tersebut pada tahun hadapan, sejumlah RM1.678 bilion lagi diperlukan,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru