ARTIKEL

Percepatkan pertumbuhan syarikat pemula tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) melalui Kampung Digital TEGAS (TGV) melancarkan kumpulan kedua Program TEGAS Fundraising Accelerator (TFA).

Tujuannya adalah bagi mempercepatkan pertumbuhan syarikat pemula tempatan dan perusahaan sosial seiring dengan Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 (PCDS) 2030.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, program ini khas bagi membantu usahawan.

“Ini terutamanya kepada mereka yang kurang berpengalaman atau tiada pengalaman dalam mengumpul modal daripada pelabur luar.

“Jadi, permulaan program ini akan dilengkapi sepenuhnya dengan teknik yang betul untuk mengumpul modal bagi perniagaan dan mempelajari lebih mendalam mengenai teknikal pengumpulan dana.

“Ini merupakan tahun kedua kita menjalankan program TFA dan kami percaya program ini antara langkah untuk perniagaan tempatan mencapai bentuk pengumpulan dana mereka,” katanya.

Sehubungan itu, TEGAS akan bekerjasama dengan Pitch Platform Sdn. Bhd. (pitchIN) dan MYStartup untuk program tersebut.

Program ini akan diadakan pada 7 hingga 10 November ini di TDV meliputi topik perjalanan dan persediaan pengumpulan

dana, pelaksanaan strategi dan kempen pengumpulan dana yang berjaya serta penilaian daripada pitchIN. Peserta yang dipilih untuk program ini berpeluang mendapat bimbingan daripada pakar industri melalui MYStartup serta yang lain.

Pengasas bersama pitchIN, Sam Shafiee dan Kashminder Singh sebagai mentor program tersebut. Justeru, program ini terbuka kepada perniagaan berdaftar dengan sekurang-kurangnya seorang seorang pengasas bersama Sarawak dan beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan.

Bagi sesiapa yang berminat untuk memohon program ini, boleh layari bit.ly/tegasfa2023.

LAIN-LAIN BERITA

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa