Percubaan penghantaran vaksin Pfizer Covid-19 di Belaga

KUCHING: Hari ini kawasan pedalaman Belaga terpilih menjadi lokasi percubaan untuk penghantaran vaksin Pfizer Covid-19 yang memerlukan suhu yang sangat sejuk (ultra-cold).
Menerusi satu wawancara eksklusif CodeBlue bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pada Isnin berkata, percubaan tersebut akan membawa botol berisi garam pada suhu ultra-sejuk negatif 70 darjah Celsius dari pusat penyimpanan vaksin Covid-19 di Sarawak, ke tempat vaksinasi di daerah Belaga Kapit.
Khairy menambah bahawa latihan mengenai penyimpanan dan pentadbiran vaksin Pfizer-BioNTech itu sedang dilakukan melibatkan pemeriksaan log untuk pembeku suhu ultra rendah atau cara mencairkan vaksin tersebut.
“Kita benar-benar melakukan percubaan pada 29 Januari ini (hari ini) untuk menunjukkan bagaimana vaksin Pfizer ini dapat dibawa dari salah satu tempat daripada 55 tempat penyimpanan ke kawasan Belaga.
“Kita memilih Belaga ini kerana rantaian ultra sejuk ini sebenarnya tidak menjadi masalah jika perancangan dibuat dengan betul kerana ia dapat bertahan selama beberapa hari pada suhu peti sejuk biasa,” katanya.
Ketika ditanya mengapa Belaga dipilih untuk percubaan Vaksin Pfizer tersebut Khairy menjelaskan bahawa sekiranya percubaan terhadap vaksin Pfizer tersebut dapat dilakukan, kita pasti dapat melakukannya dengan vaksin AstraZeneca,
“Kini 40 peratus penduduk (12.5 juta penduduk Malayisia) akan dilindungi oleh vaksin Pfizer-BioNTech.
“Kini Malaysia memesan tambahan 12.2 juta dos dari Pfizer, berbanding 12.8 juta dos yang dijadualkan untuk penghantaran tahun ini, berjumlah 25 juta dos.
“Untuk itu dos vaksin dari Universiti AstraZeneca-Oxford pula ia boleh disimpan pada suhu peti sejuk biasa,” katanya lagi.
Tambahnya lagi jika perancangan dibuat dengan baik, mereka yang berada di Belaga kini sudah menunggu dan dapat mengambilnya dari salah satu daripada 55 pusat penyimpanan yang ada di Sarawak dan diberikan kepada yang memerlukan
“Vaksin Pfizer ini mesti disimpan dalam pembeku suhu ultra rendah pada suhu negatif 70 darjah Celsius semalan maksimum enam bulan, namun vaksin ini boleh disimpan selama lima hari pada suhu peti sejuk biasa pada dua hingga lapan darjah Celsius,” ujarnya lagi
Khairy berkata, Kerajaan Malaysia juga akan menggunakan pengirim termal Pfizer yang dapat digandakan sebagai unit penyimpanan sementara, dengan mengisinya kembali dengan ais kering setiap lima hari, hingga 30 hari penyimpanan.
Petang ini Kementerian Kesihatan (KKM) bersama Timbalan Menteri Kesihatan II, Daruk Aaron Dagang terlibat dalam percubaan tersebut di Belaga, sementara Khairy dan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba akan berada di ruang kawalan.
Malah Syarikat farmaseutikal Aamerika Syarikat Pfizer dan pengedarnya, yang tidak dinamakan oleh Khairy, juga akan turut serta dalam percubaan tersebut.

Suara Sarawak