ARTIKEL

Perdagangan karbon suntik ekonomi S’wak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PERDAGANGAN karbon dilihat sebagai ekonomi baharu dengan menawarkan kredit karbon sekali gus dalam usaha memelihara hutan untuk pengurangan atau penyingkiran gas rumah hijau.

Persoalan kini, bagaimana kita jadikan tabung karbon sebagai perdagangan yang menjadi pendapatan tambahan kerajaan?

Suara Sarawak berkesempatan menemu bual Pengarah Southridge Malaysia Sdn. Bhd. Dr Jane Koh yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Penyelidikan Blue Carbon and Mangroves di Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu.

Katanya, pemahaman berkaitan pemerdagangan karbon sering disalah erti dengan membeli pelepasan karbon dioksida dari negara lain.

“Kita tidak membeli karbon, kita jual perkhidmatan yang mengurangkan gas rumah hijau yang paling ketara iaitu karbon dioksida.

“Perkhidmatan ini dinamakan sebagai kredit karbon dengan mengurangkan dan mengalih keluar gas rumah hijau — karbon dioksida dari atmosfera,” katanya kepada Suara Sarawak .

Jelasnya, perkhidmatan tersebut mempunyai unit ukuran dengan kiraan menggunakan tan karbon dioksida.

Malah, kredit karbon di peringkat global juga memiliki nama berbeza seperti ‘elaun pelepasan’, ‘kredit karbon disahkan’, ‘pengurangan pelepasan disahkan’ dan sebagainya.

Baca lain  LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

“Kita boleh beli karbon tanpa sebab, tetapi apabila ia melibatkan undang-undang yang mengatakan bahawa anda perlu mengurangkan pelepasan (karbon) dalam operasi, jika tidak anda akan dikenakan denda tertentu dan itu dipanggil harga karbon.

“Ia melibatkan gas rumah hijau, bukan hanya karbon dan perkara ini melibatkan undang-undang yang mengenakan harga karbon tersebut.

Kami memanggilnya instrumen harga karbon (carbon pricing instrument) yang termasuk cukai karbon atau sistem perdagangan pelepasan (emission trading system atau ETS.

“Instrumen penetapan harga karbon ini sangat berkesan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sekali gus membantu isu perubahan iklim,” ujarnya.

Untuk rekod, satu kredit karbon dijual bersamaan dengan 1 tan (1,000 kilogram) karbon dioksida dan harga bergantung kepada permintaan dan penawaran global.

BERITA LAIN

Lokasi wajib dikunjungi di Miri

MIRI terkenal dan menjadi tumpuan sebagai bandar raya kaya dengan hasil bumi seperti petroleum serta gas asli di Sarawak. Miri juga mempunyai banyak lokasi menarik

Lebih santai, pelanggan selesa

Pada awalnya bermula secara sambilan, kemudian dilihat memiliki potensi setelah isi kandungan tersebut mendapat perhatian pelanggan. “Alhamdulillah, setiap bulan ada pihak yang mendapatkan khidmat mencipta

TWFTY studio gambar kendiri

BERMULA sekadar hobi, aktiviti merakam video kandungan media sosial kini menjadi kerjaya menjana pendapatan. Pengarah TWFTV Studio, Muhammad Nur Faiq Mohamad berkata, dia tidak menyangka

Sedia panduan tepat untuk remaja

DALAM usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kesihatan reproduktif dan pendidikan seksualiti dalam kalangan kanak-kanak, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Desa Ilmu baru-baru ini bekerjasama

BERITA TERBARU