ARTIKEL

Perdana Menteri dijangka bakal berjumpa Premier Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Gabungan Parti Sarawak

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyatakan pendirian terutama dalam menuntut hak-hak Sarawak ketika bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka berlaku pada masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, Anwar dijangka terbang ke Kuching bagi bertemu dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak lama lagi.

“Saya difahamkan bahawa Perdana Menteri akan datang berjumpa dengan Premier Sarawak, namun masa dan tempatnya tidak pasti lagi.

“Mungkin dia akan datang ke Kuching dan saya yakin dalam pertemuan tersebut, Premier akan menyatakan pendirian GPS tentang beberapa perkara terutama perjuangan Sarawak menuntut hak dan kepentingan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Kompleks Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak di sini, hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semop terbabit, perkara mengenai perjuangan Sarawak dalam menuntut hak-hak negeri antara isu yang tidak dapat ditolak ansur.

“Sarawak juga mahu Perlembagaan Sarawak dihormati. Melihat kepada perlembagaan tersebut, jelas kita tidak ada bahasa serta agama rasmi dan sebagainya.

“Ia bermaksud Perlembagaan Sarawak haruslah dihormati termasuk usaha kita menuntut hak di bawah Perjanjian Malaysia 1964 (MA63) yang akan diteruskan bersama-sama Kerajaan Persekutuan yang baharu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU