Perdana Menteri faham ramai bersedih, mahu kita dengar lagu Dendang Perantau 

KUCHING: Perdana Menteri hari ini berkata beliau faham ramai yang bersedih tidak dapat berhari raya seperti biasa di kampung pada tahun ini.

Ini susulan keputusan kerajaan melanjutkan PKPB yang tidak membenarkan orang ramai balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya  tidak dibenarkan.

“Saya tahu ramai  yang sedih tak dapat berhari raya di kampung bersama-sama keluarga. Bersabarlah. Apabila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara saudari bolehlah balik ke kampung  halaman menziarahi ibu bapa dan sanak saudara,” kata Tan Sri Muhyuddin Yassin dalam perutusan khas petang tadi melalui TV3 dan RTM.

Beliau meminta stesen TV dan radio supaya memainkan lagu “Dengang Perantau’ sekali-sekala. Maksudnya, Perdana Menteri mahu kita mendengar  lagu sayu itu.

 Lagu malar hijau itu dendangan seniman agung  Tan Sri P Ramlee begitu popular menjelang perayaan Aidilfitri.

“Kalau dimainkan selalu saya pun berasa sayu juga,’ akui beliau.

”Mainkanlah lagu-lagu raya yang boleh menceriakan suasana. Saya tengok dalam YouTube ada lagu ‘Jangan Kelik La Weii’. Lagu ini pun oklah,” kata beliau.

Beliau menyatakan tidak perlulah buat rumah terbuka atau buat jamuan besar-besaran.

“Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa,”  jelasnya.

Berikut ialah lirik lagu ‘Dendang Perantau”

Lirik Lagu Dendang Perantau – P. Ramlee

Di hari raya

Terkenang daku kepada si dia

Kampungku indah nun jauh di sana

Ayah serta bondaku

Di tepian mandi

Danauku hijau yang aman damai selalu

Nun di sanalah tempat aku bertemu

Aku dan dia

( korus )

Apakan daya

Masa tak akan kembali

Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni

Tinggal menjadi kenang-kenanganku

Hanya rangkaian kata dan lagu

Dendang perantau

( ulang korus hingga akhir ) 

Suara Sarawak