ARTIKEL

Perdana Menteri luang masa lawat Pameran Era Pasca Normal MADANI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat Pameran Era Pasca Normal MADANI yang diadakan di Berjaya Times Square di sini.

Beliau, yang tiba di tapak pameran pada 11 pagi, meluangkan masa kira-kira sejam untuk melihat pameran yang menampilkan karya enam artis tempatan dengan mengetengahkan ciri tonggak utama konsep MADANI iaitu Kemampanan, Ihsan, Hormat, Daya Cipta, Kesejahteraan dan Keyakinan.

Antara artis terlibat ialah pengukir, Liu Cheng Hua, yang menampilkan karya ‘Golden Shafts’, sejenis peralatan perlombongan emas diperbuat daripada sumber buluh tempatan yang diguna meluas di Raub, Pahang pada 2014.

Turut dipamer ialah hasil seni lukisan bertajuk ‘Human Needs Human’, ‘Panorama’ dan ‘Aku Bukan Pendatang’ dari Stephen Menon, seorang pelukis dan pembuat cetakan yang terkenal dengan teknik inovatif dan karya yang merangsang pemikiran.

Turut hadir ke pameran itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan, Pengarah Centre for Postnormal Policy and Futures Studies (CPPFS), Profesor Ziauddin Sardar, serta Penolong Pengarah CPPFS, Scott Jordan.

Pameran yang bermula hari ini hingga 10 November 2024 ini merupakan hasil kerjasama antara Perdana Menteri dan CPPFS manakala Berjaya Times Square merupakan penaja dan penganjur program.

Kemasukan ke pameran itu adalah percuma, bersesuaian dengan matlamatnya untuk menyebarkan kesedaran tentang zaman pascanormal yang dilalui rakyat dan bagaimana Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berusaha menggabungkan pengalaman politik dan keazamannya untuk melakukan pembaharuan, dengan mengambil kira pandangan kajian masa depan dan teori masa pascanormal.

Ini juga bagi memastikan kerangka konsep MADANI dapat dibangunkan, sekali gus membantu negara mengharungi arus badai ke hadapan menuju masa depan yang lebih cerah. – BERNAMA

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU