PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Perdana Menteri pastikan hak Sarawak, Sabah dikembalikan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menandatangani buku Watikah Hari Malaysia sambil disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakob dan Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Dataran Pahlawan, malam tadi.

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan untuk menghapuskan jurang pembangunan serta mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, selaku Pengerusi Majlis Khas Mengenai MA63, beliau akan memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam MA63 adalah terpelihara.

“Majlis khas ini bukan sahaja berperanan merungkai beberapa isu yang tertangguh berhubung hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak, tetapi juga memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk membangun dan memajukan kedua-dua negeri ini.

“Malaysia dibentuk dan dibangunkan dengan memberikan jaminan keadilan, perlindungan dan hak kepada pelbagai kaum; Melayu, Cina, India, Orang Asli, Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Bajau, Iban, Orang Ulu dan lain-lain.

“Umpama peribahasa – bersukat sama paras, bertimbang sama berat. Kerajaan mahu melihat kedua-dua wilayah ini turut sama menikmati pembangunan yang pesat, seperti negeri-negeri lain di Semenanjung,” katanya.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menandatangani buku Watikah Hari Malaysia sambil disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakob dan Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Dataran Pahlawan, malam tadi.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Hari Malaysia 2022 bertempat di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Ayer Keroh, Melaka, malam tadi.

Tegasnya, kerajaan juga komited menghapuskan jurang pembangunan dan ini dibuktikan dengan peruntukan sebanyak RM5.6 bilion untuk Sabah, manakala RM4 bilion untuk Sarawak pada tahun ini bagi melaksanakan projek pembangunan seperti bekalan air, elektrik, dan jalan raya, serta kemudahan pendidikan dan kesihatan.

Tambahnya, pada sambutan Hari Malaysia tahun lalu, Kerajaan Persekutuan juga telah menyatakan jaminan untuk memberi perhatian kepada isu yang berkaitan dengan kepentingan kedua-dua negeri itu.

“Malah Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan MA63 yang diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Rakyat pada 14 Disember 2021 adalah bukti kerajaan serius mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

“Usaha ini selaras dengan agenda transformasi kerajaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, termasuk pelabur asing terhadap kemampuan kerajaan, demi memastikan kestabilan politik dan dasar negara ke arah pembangunan sosioekonomi mampan,” ujarnya.

Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam; Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan mewakili Premier Sarawak dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan mewakili Ketua Menterinya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

29 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan