ARTIKEL

SELAMAT DATANG... Abang Johari dan barisan pemimpin yang lain menyambut kehadiran Anwar di LTAK.

Perdana Menteri santuni warga Kuching pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Warga tempatan bakal disantuni Perdana Menteri Anwar Ibrahim petang ini pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2024 di Masjid Al-Muttaqin, Kota Samarahan.

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 1.55 petang disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Segak berbaju Melayu berwarna biru muda, serba lengkap, Anwar tampil dengan wajah teruja untuk bertemu masyarakat di Kota Samarahan.

Turut kelihatan, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, dan tetamu kehormat lain.

Program dijangka bermula jam 6 petang dengan ketibaan para tetamu bermula jam 5.30 petang ini.

Orang ramai yang hadir disarankan untuk menggunakan baju kebangsaan serta bersongkok bagi lelaki dan mengenakan baju kurung atau jubah bagi wanita.

TERUJA… Anwar (kiri) bercakap dengan Abang Johari (kanan) sebelum bergerak ke kediaman, seterusnya bersedia menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2024 di Masjid Al-Muttaqin, Kota Samarahan. – Foto: UKAS

BERITA LAIN

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan

PM UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau