ARTIKEL

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), hadir menunaikan solat Sunat Aidiladha di Masjid Putra hari ini.

Perdana Menteri solat sunat Aidiladha di Masjid Putra

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 20,000 jemaah di Masjid Putra di sini.

Perdana Menteri, yang lengkap berbaju Melayu biru muda, tiba bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada 7.52 pagi, disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Seawal jam 7 pagi, pekarangan Masjid Putra mula dipenuhi ribuan orang awam, termasuk pelancong asing yang tidak melepaskan peluang untuk melihat suasana solat sunat Aidiladha.

Anwar kemudian bertakbir raya bersama jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali.

Perdana Menteri turut mendengar bacaan khutbah Aidiladha bertajuk ‘Aidiladha dan Kepedulian Sosial Kita’ yang disampaikan Salahuddin.

Pengisian khutbah itu antara lain menyentuh tentang ibadah yang disyariatkan dalam sambutan Aidiladha.

“Dengan ibadah korban yang dilakukan, sebahagiannya akan diberikan kepada umat Islam yang lain, dan dengan itu, ia mengajar tentang sikap cakna dan peduli pada orang di sekeliling dan melatih amalan bersedekah kepada orang yang memerlukan.

“Sikap peduli kita juga wajar kita tingkatkan, terutamanya buat saudara-saudara kita di Palestin,” kata Salahuddin.

Sebelum beredar, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah yang hadir. – BERNAMA

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

BERITA TERBARU