ARTIKEL

Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Perdana Menteri turut berdukacita atas pemergian Tun Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan MADANI turut menzahirkan dukacita dan mengucapkan takziah atas pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebooknya hari ini berkata, beliau mewakili seluruh keluarga Kerajaan Perpaduan juga bersedih atas kehilangan besar itu.

“Jasa dan bakti Allahyarham kepada negara dan Sarawak khususnya akan sentiasa dikenang buat selamanya.

“Saya mewakili pentadbiran Kerajaan MADANI turut menzahirkan dukacita dan mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham kepada seluruh keluarganya dan juga rakyat Sarawak,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini

Tambahnya, sesungguhnya Malaysia terutama rakyat negeri ini kehilangan seorang sosok negarawan yang dihormati.

Allahyarham Taib, 87, meninggal dunia pada awal pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Allahyarham sebelum ini berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri selama 10 tahun, menggantikan Tun Abang Salahuddin Abang Barieng pada 1 Mac 2014.

Sebelum itu memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawakhampir 33 tahun sejak 26 Mac 1981.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu