Trending

Perebutan juara petang ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

JUARA Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Datuk Julaihi Narawi bakal ditentukan petang ini di Padang Bola Sepak Kampung Sebangan.

Sebelum berlangsungnya perlawanan akhir, empat pasukan merangkumi Armada SV, Ensenggei FC, Lariwoo FC dan Tedong Melancar akan beradu merebut slot ke perlawanan akhir.

Perlawanan separuh akhir bakal berlangsung pada sebelah pagi manakala pentas akhir pada jam 3.00 petang.

Pengerusi Kejohanan, Osman Jamil berkata, empat pasukan akan membuat perhitungan pada sebelah pagi.

“Separuh akhir pertama, Lariwoo FC akan menentang Tedong Melancar.

Ia disusuli satu lagi perlawanan separuh akhir antara juara bertahan, Armada SV dan Ensengei Vet FC,” kata Osman kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Osman, pasukan yang berjaya mengatasi lawan masingmasing akan berentap di pentas final.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM5000 beserta piala dan jersi. Pemenang tempat kedua pula menerima wang tunai RM3000, piala dan jersi.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM1,500 selain piala dan jersi selaku pemenang tempat ketiga bersama,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru