ARTIKEL

Perenang Sarawak sumbang 12 pingat 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Perenang Sarawak berjaya meraih dua pingat emas, enam perak dan empat gangsa pada Kejohanan Renang Jarak Sederhana dan Jauh MAS/MILO/NSC Edisi Keenam 2023 yang berlangsung Pusat Akuatik Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 23 hingga 24 September.

Cayden Mineve Chin dan Bibienne Ong masing-masing memperoleh emas bagi kategori lelaki 11 hingga 12 tahun bagi acara 200 meter kuak lentang dan acara 200 meter rama-rama perempuan 15 hingga 17 tahun.

AYDEN WONG bersama-sama Cayden dan Ayden Lim (kiri), Vanessa dan Christy.

Cayden turut memenangi dua pingat gangsa dalam acara 200 meter medley individu dan 400 meter medley individu.

Sementara Bibienne turut menyerlah pada acara 200 meter medley individu dengan memenangi pingat perak.

Bagi Ryan Colby, beliau berjaya menghadiahkan Sarawak dua perak menerusi acara 200 meter medley individu dan 200 meter gaya bebas bagi kategori kumpulan lelaki 13 hingga 14 tahun.

Manakala Wilfred Tan memperoleh pingat perak dalam kategori lelaki 13 hingga 14 tahun acara 200 meter kuak lentang.

Bryston Lee Khai Cheng pula pulang bersama pingat gangsa dalam acara 1500 meter gaya bebas lelaki 11 hingga 12 tahun.

Elise Then Yi Xuan memenangi pingat perak dalam acara 200 meter rama-rama perempuan 11 hingga 12 tahun.

Sementara itu, Hii ​​Puong Jie memperoleh pingat perak dalam acara 15 hingga 17 tahun 200 meter medley individu lelaki dan pingat gangsa dalam kategori 200 meter kuak lentang.

Secara keseluruhan 13 perenang Sarawak menyertai kejohanan itu, masing-masing mewakili Persatuan Renang Amatur Sarawak (ASAS) dan Kelab Seni Renang (SAC).

Bagi jurulatih Raymond Chang dan Sac Gary menyatakan rasa bangga dengan pencapaian pasukan renang Sarawak pada kali ini.

“Kami merasakan mereka berjaya mengatasi kemampuan masing-masing pada pertandingan kali ini…ada kejutan yang menggembirakan.

“Apa yang saya harapkan, mereka menimba pengalaman daripada pendedahan pertandingan besar seperti ini.

“Bukan sahaja kembali dengan pingat, paling penting adalah pengalaman berharga,” tambahnya.

Kejohanan renang selama dua hari itu menampilkan 567 perenang dari pelbagai wilayah di seluruh Malaysia.

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur