Trending

Pergerakan antara daerah tidak dibenarkan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) tidak membenarkan pergerakan di antara daerah, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Pengecualian pergerakan bagi kes-kes kecemasan sahaja dibenarkan dan hendaklah dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, beliau yang juga pengerusi JPBN berkata semua pekerja pelantar minyak dan gas termasuk yang dari luar Sarawak dikehendaki menjalani perintah kuarantin selama 14 hari sebelum pergi ke pelantar di negeri ini.

Sementara, Uggah berkata Sarawak telah mengenalpasti 13 pusat kuarantin yang telah digunakan.

Katanya ia terdiri daripada Institut Latihan KKM Kuching, Kampung Sukan Petronas Miri, Kem Belia Kemunyang Sibu, Stadium Tertutup Limbang, Taman Negara Similaju Bintulu, Stadium Tertutup Lawas, Rumah Temuai Kapit, Institut Pembangunan Desa (INFRA) KOta Samarahan, INTAN Kota Samarahan, Rumah Rehat Sri Aman, Kolej Kejururawatan Sibu, Dewan Suarah Limbang dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) Kuching.

Beliau berkata JPBN juga masih dalam usaha mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan pusat kuarantin di daerah-daerah lain.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru