Pergerakan rentas negeri dan pergerakan antara zon tidak dibenarkan kecuali perlu

KUCHING: Pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di Sarawak kecuali setelah mendapat kelulusan PDRM (Permit polis diperlukan).

Menurut SOP baharu yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) pergerakan rentas negeri untuk masuk ke Sarawak adalah tertakluk kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak melalui Aplikasi Enter Sarawak dan Pengisytiharan Maklumat Kesihatan.

“Justeru, pergerakan antara zon adalah tidak dibenarkan kecuali bagi perkhidmatan perlu serta kenderaan berkaitan industri, perniagaan dan perkilangan setelah mendapat kelulusan PDRM (Permit polis diperlukan).

Suara Sarawak