ARTIKEL

Pergerakan trafik di seluruh Sarawak terkawal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Aliran trafik di semua daerah seluruh Sarawak kini dalam keadaan terkawal dan tidak mengalami kesesakan teruk.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, keadaan tersebut hasil pemantauan oleh petugas trafik mendapati tiada berlaku pertambahan kenderaan secara drastik di atas jalan raya.

“Sebaliknya, jumlah kenderaan lalu lintas tampak berkurangan hampir 60 peratus berbanding pada hari-hari sebelumnya.

“Begitu juga dengan pergerakan kenderaan rentas daerah yang berkurangan sebanyak 60 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya terdapat juga aliran trafik pantas berlaku di beberapa kawasan pusat bandar namun masih dalam keadaan terkawal.

Tambahnya, pergerakan kenderaan bagaimanapun masih bergerak perlahan berikutan Sekatan Jalan Raya (SJR) yang telah didirikan di beberapa sempadan daerah dan zon.

Menurut Alexson pemeriksaan secara teliti terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga dilakukan termasuk pemeriksaan dari segi muatan penumpang yang dibenarkan.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya