ARTIKEL

TAHNIAH... Abdul Karim (tiga kanan) menyampaikan sijil kepada Datin Mary Sadiah Zainuddin (tiga kiri) di majlis tersebut.

Perhebat pembangunan sukan pada peringkat akar umbi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Usaha untuk meningkatkan pembangunan sukan pada peringkat akar umbi perlu diperhebatkan lagi.

Bagaimanapun, pelaksanaan bagi tujuan tersebut juga perlu seiring dengan adanya pengurusan lebih efektif dan profesional membabitkan kelab serta persatuan sukan.

Penggemblengan elemen tersebut berupaya memastikan misi merancakkan pembangunan sukan di negeri ini berada pada landasan yang tepat, sekali gus menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan tersohor di negara ini kekal terlaksana.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, menegaskan, matlamat ini amat bertepatan sekali dengan penganjuran Kursus Pentadbiran Sukan (SAC) IOC-OS-OCM 2024.

Menurutnya, pengelolaan kursus tersebut secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan kepada pemimpin kelab mahu pun persatuan sukan tentang tatacara lebih profesional menguruskan badan induk yang dinaungi.

Dengan kata lain, ia dapat memberi ilmu serta pengalaman kepada golongan sasar untuk mentadbir urus badan sukan masing-masing.

“Pendekatan yang cukup bagus dengan pengelolaan kursus ini kerana saya percaya peserta terlibat yang mewakili pelbagai kelab dan persatuan memperoleh ilmu baharu.

Baca lain  JKNS isytihar empat kluster baharu

“Secara tidak langsung mendidik mereka sebagai pemimpin sesebuah organisasi sukan untuk menjadi lebih matang dalam bidang pengurusan,” tegas Abdul Karim.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kursus Pentadbiran Sukan (SAC) IOC-OS-OCM 2024 di Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) sebentar tadi.

Beliau akui, tanpa pertambahan ilmu dalam bidang kursus yang disertai tidak akan dapat menyaksikan tatacara pengurusan lebih efisien yang boleh membawa kejayaan kepada kelab, persatuan serta dunia sukan secara menyeluruh.

Oleh yang demikian, beliau berharap serta menggesa peserta yang mengikuti kursus berkenaan untuk mengguna pakai ilmu dan pengalaman yang diperoleh itu dengan sebaik mungkin.

Kursus tiga hari (21-23 Mac) itu dianjurkan oleh Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Seramai 42 orang peserta terlibat dalam kursus kali ini mewakili pelbagai kelab dan persatuan sukan.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh