Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Perhebat pendekatan berkempen

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TURUN PADANG...Dayang Norazah dan Mohamad Shafizan (duduk, tengah) bersama-sama jentera di Bilik Gerakan Kampung Masjid, Sri Aman.
TURUN PADANG…Dayang Norazah dan Mohamad Shafizan (duduk, tengah) bersama-sama jentera di Bilik Gerakan Kampung Masjid, Sri Aman.

SRI AMAN: Masa yang ada terus dipergunakan sebaik mungkin untuk memperhebatkan tatacara berkempen.

Tidak hanya menerusi pendekatan sedia ada iaitu turun padang mendekati para pengundi.

Malah, menggunakan pendekatan secara alam maya menerusi platform media sosial yang semakin mendapat tempat dan menjadi amalan masyarakat pada zaman ini.

Adun Lingga, Dayang Norazah Awang Sohor memberitahu, kedua-dua strategi berkempen berkenaan memperlihat keberkesanannya dalam menyampaikan maklumat penting dan jelas kepada pengundi.

“Kita akan terus memperhebat cara berkempen dengan masa yang ada ketika ini.

“Selain turun padang bertemu para pengundi, pendekatan menggunakan platform media sosial turut dipergunakan,” ujar Dayang Norazah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui melawat Bilik Gerakan Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di beberapa buah kampung dalam kawasan DUN Lingga, malam tadi.

Pada majlis sama turut berlangsung sesi memperkenalkan calon GPS Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli.

Dalam perkembangan sama, Norazah percaya pengundi dikawasan terbabit tidak akan keliru dalam membuat keputusan pada hari pengundian kelak.

“Pengundi di kawasan ini berjaya melepasi ujian pada PRN Ke-12 apabila membuat pemilihan calon yang tepat. Saya percaya tiada masalah bagi mereka memilih calon GPS, Mohamad Shafizan Kepli nanti,” tambah beliau lagi.

Antara bilik gerakan yang dikunjungi semalam termasuk di Kampung Hilir, Kampung Baru Hilir, Kampung Masjid, Kampung Datuk, Tanjung Engkabang dan Kampung Melayu Tanah Baru.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk