BINTULU: Tumpuan hari ini terarah ke Restoran Dinner World di sini yang menghimpunkan perwakilan, pemerhati dan pemimpin daripada parti politik Parti Demokratik Progresif (PDP).
Seawal 8.30 pagi, Perhimpunan Agung Tri-Tahunan (TGA) PDP yang diadakan hari ini menyaksikan lebih daripada 600 perwakilan hadir dari seluruh Sarawak.

Perhimpunan hari pertama membuka tirainya menerusi TGA Wanita dan TGA Pemuda, yang diadakan secara serentak hari ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden PDP Datuk Anthony Nogeh Gumbek.
Perhimpunan itu berlangsung dari hari ini hingga 11 Jun depan. Ia merupakan platform untuk pemimpin tertinggi dan ahli akar umbi untuk membincangkan dan menangani isu dalaman dan luaran.