ARTIKEL

Periksa kesihatan percuma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol Kanan kali ke-12, Sabtu lalu.

Persatuan Kesihatan Ikram Malaysia (Ikram Health) terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan.

Ini termasuk doktor perubatan, pergigian, farmasi, jururawat, sokongan perubatan dan kesihatan, pentadbir hospital dan klinik serta semua yang bekerja di bahagian industri kesihatan.

Dalam sesi pemeriksaan kesihatan kali ini, beberapa doktor serta pelajar perubatan dari Unimas turut serta menjayakannya.

Ibu bapa serta guru berasa bertuah dapat menyertai sesi kali ini.

Sesi konsultasi khas diadakan selepas beberapa pemeriksaan dilaksanakan.

Terdapat juga beberapa individu dirujuk ke klinik kesihatan berdekatan untuk rawatan lanjut.

Menurut ketua rombongan Ikram Health, Dr Marlynna, beliau amat berterima kasih atas kerjasama pihak sekolah yang sudi menerima kedatangan mereka.

Tambahnya, usaha ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat akan kesihatan diri serta keluarga.

Di samping itu, program khidmat kesihatan seperti ini membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Sesiapa sahaja dialualukan untuk turut sama membantu sebagai sukarelawan dalam mengadakan khidmat kesihatan pada masa akan datang.

Semoga lebih banyak penyertaan daripada pengamal perubatan untuk mengadakan khidmat sebegini dengan lebih giat.

BERITA LAIN

Cabaran REMAJA

PEJABAT Pendidikan Daerah Mukah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Three Rivers menganjurkan Program Motivasi Pelajar di Dewan Tom Bazeley, baru-baru ini. Program ini menghimpunkan seramai 145

SIMULASI HAJI CILIK

Kurikulum kebangsaan Malaysia menggariskan pelajar Islam perlu didedahkan dengan teori umrah dan haji. Pembelajaran teori ini juga harus disokong pembelajaran praktikal agar lebih berkesan. Justeru,

Hayati falsafah korban

HARI ini 10 Zulhijah 1445 Hijrah, umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ia sangat sinonim dengan ibadah

Fadillah ucap Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual