ARTIKEL

Periksa syarikat produk rempah tercemar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari racun perosak, kata laporan media pada Selasa.

India ialah pengeluar rempah utama yang membentuk kira-kira 12 peratus daripada eksport global, berjumlah AS$4.25 bilion tahun lepas, menurut Inisiatif Penyelidikan Perdagangan Global (GTRI).

Lembaga Rempah India melancarkan pemeriksaan di kilang pemprosesan pengeluar terkenal MDH dan Everest, yang bersama-sama membentuk lebih suku daripada pasaran India, untuk memastikan ia memenuhi piawaian global, lapor Economic Times.

Kedua-dua syarikat menafikan rempah-ratus mereka menimbulkan risiko kesihatan, dan MDH bulan lalu menyangkal dakwaan itu mengatakan dakwaan tidak benar dan tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Minggu lalu, Nepal menjadi bidang kuasa terbaharu yang mengenakan larangan ke atas import dan penjualan beberapa produk rempah oleh kedua-dua jenama berkenaan, berikutan sekatan yang dikenakan oleh Hong Kong dan Singapura.

Menurut laporan media, sekatan itu dikenakan selepas ujian mengesan kehadiran etilena oksida.

Selain penggunaannya sebagai racun perosak, etilena oksida digunakan sebagai agen pensterilan dalam rempah untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh bakteria salmonella dan E.coli.

Pendedahan yang kerap kepada sebatian tidak berwarna dan tidak berbau itu meningkatkan “risiko kanser sel darah putih”, menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (AS).

Tiada maklum balas segera daripada Lembaga Rempah, dan laporan media tidak menyatakan dengan tepat bila pemeriksaan kilang itu bermula.

Tetapi semakan yang dilaporkan dibuat oleh lembaga itu awal bulan ini mengarahkan pengeksport untuk menguji bahan mentah, bantuan pemprosesan, bahan pembungkusan dan barangan siap bagi pencemaran etilena oksida.

Ia menggesa pengeluar untuk mengelakkan penggunaan etilena oksida untuk pensterilan dan beralih kepada “kaedah alternatif” termasuk kaedah wap.

Pengimport utama termasuk Australia, Britain dan AS juga telah menuntut maklumat tambahan atau mempertimbangkan langkah kawalan kualiti tambahan, lapor media India.-AFP

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU