ARTIKEL

Perintah Kawalan Pergerakan: Pembakaran terbuka adalah dilarang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Pembakaran terbuka adalah dilarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan keadaan cuaca panas dan kering ketika ini, demikian tegas Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini.

JAS, dalam kenyataan, berkata ia akan terus membuat rondaan harian ke kawasan yang berisiko tinggi dan mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
JAS berkata dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan itu juga, stesen pengawasan kualiti udara beroperasi seperti biasa.

Data Indeks Pencemar Udara (IPU) boleh didapati di laman sesawang JAS iaitu http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyIPU di Android ‘Google Play’ dan Apple ‘App store’, katanya.
IPU yang direkodkan di laman web JAS pada jam 1 tengah hari ini menunjukkan 18 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, 50 kawasan pada tahap sederhana dan tiada kawasan mencatatkan bacaan status kualiti udara pada tahap tidak sihat.

JAS turut meminta orang ramai bekerjasama untuk memadam kebakaran kecil serta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan di talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha