ARTIKEL

Perisik dedahkan, Hamas bina, guna semula senjata gagal meletup pertahan Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Beberapa pegawai tentera dan perisikan Israel baru-baru ini membuat kesimpulan bahawa kebanyakan senjata digunakan Hamas di Gaza datang daripada tentera Israel sendiri.

Penganalisis menunjukkan sekatan Israel ke atas Gaza tidak memungkinkan senjata mudah dibawa masuk.

New York Times melaporkan risikan menunjukkan Hamas dapat membuat banyak roket dan senjata antikereta kebal daripada beribu-ribu peluru yang gagal meletup daripada serangan Israel ke atas Gaza.

“Senjata yang tidak meletup sumber utama bahan letupan untuk Hamas,” kata bekas pegawai Israel kepada New York Times.

Pelbagai senjata yang digunakan tentera Israel, kini digunakan untuk menentang mereka semula.

Ternyata bahan letupan digunakan milik asal tentera Israel dan buatan Amerika Syarikat.

Hamas dikatakan membina semula daripada 10 peratus bom Israel yang gagal meletup, bahkan mungkin lebih tinggi kerana terdapat senjata dibekalkan dari era Vietnam.

Seorang perisik memberitahu New York Times, kadar kegagalan untuk beberapa peluru berpandu boleh setinggi 15 peratus.

Kebanyakan bom ini digunakan dan diproses semula untuk membuat bahan letupan dan roket.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sejuta penduduk Malaysia alami kemurungan

PUTRAJAYA: Sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan, demikian menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang dikeluarkan pada Khamis. NHMS 2023:

HARIMAU BELANG MATI DILANGGAR DI KLK

KUANTAN: Seekor harimau belang dilaporkan mati dipercayai dilanggar sebuah kereta di Kilometer 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah barat awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan

BERITA TERBARU