ARTIKEL

Abang Johari merakam kenangan bersama yang lain selepas menyempurnakan majlis tersebut.

Perjalanan Dalat-Sibu akan memakan masa sejam dalam masa terdekat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Perjalanan dari Dalat ke Sibu akan mengambil masa selama sejam dalam masa terdekat berikutan cadangan pembangunan jalan baharu di kedua-dua kawasan tersebut.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg berkata, beliau telah bersetuju dan menyediakan peruntukan bagi pembinaan jalan tersebut.

“Jalan Dalat akan dihubungkan melalui laluan baharu hingga ke Jalan Batang Igan, Bawang Assan dan Sibu.

“Saya telah memperuntukkan dana untuk membangunkan jalan baharu ini di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan setelah laluan ini siap, masa perjalanan dari Dalat ke Sibu hanya mengambil masa sejam sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pecah Tanah Hotel Butik Dalat dan Kompleks Kebajikan Dalat di sini.

Mengulas lanjut, katanya, projek ini akan mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk siap sepenuhnya.

“Dalam pada itu, kita akan menambah baik infrastruktur bekalan air kerana kita telah menambah bekalan air di Kuala Rajang dari Sibu dan meluluskan peruntukan untuk meningkatkan pengagihan air ke Sibu.

“Saluran paip baharu itu akan menyediakan satu lagi saluran paip sokongan kepada Dalat sekiranya tiada air di kawasan ini.

“Manakala, jika Mukah menghadapi masalah kekurangan air, saluran paip baharu akan disambung ke Dalat dan Mukah bagi memastikan bekalan berterusan di kawasan tersebut,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan akan sentiasa komited membangunkan kawasan luar bandar supaya rakyat dapat menikmati hasil bersama-sama.

Terdahulu, Abang Johari merasmikan Majlis Pecah Tanah Hotel Butik Dalat yang akan menyediakan kemudahan sebanyak 35 bilik tetamu, dilengkapi dengan bilik mesyuarat, pejabat, dewan persidangan, bilik jamuan serta tempat letak kenderaan.

Pembinaan hotel ini dijangka bermula pada pertengahan tahun 2025 dan memberi impak pembangunan pesat kepada Dalat dan kawasan sekitarnya.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Abang Johari (kanan) semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Hotel Butik Dalat.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU