Perjalanan dunia koma

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BERSEDIAKAH kita pergi ‘sebelum waktunya?

Apakah kita cukup bersedia meninggalkan insaninsan yang kita sayang?

Sesungguhnya inilah juga yang difi kirkan dan dilalui sendiri oleh penulis buku Terima Kasih AllahSaat Roh Di Sempadan Barzakh.

Dalamnya digarap pengalaman Norni Osman sebagai pesakit Covid-19 tahap 5, yang ditidurkan dan detik beliau di alam yang tidak pernah termimpi olehnya kerana beliau diuji debar getaran pukulan sakaratul maut, bergelut dan bertarung nyawa dalam keadaan seakan-akan telah mati.

Saat ditidurkan dan diintubasi sebanyak dua kali, hanya pada Allah tempat beliau bergantung.

Entah dapat pulang bernyawa, atau cuma sekujur tubuh yang kaku.

Kita sebagai manusia, hanyalah makhluk yang lemah dan tiada daya.

Maka bertawakal dan bergantung haraplah kepada-Nya.

Penulis mencerita pengalaman dahsyatnya dalam bahasa mudah difahami, tentang kejadian awal bagaimana beliau dijangkiti virus itu.

Buku ini juga mengajar kita supaya tidak banyak mengeluh, sebaliknya sentiasalah bermuhasabah, memohon ampun dan mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan.

Jiwa akan jadi lebih tenang dan bahagia.

Keluhan demi keluhan ditulis Norni mengenai kerisauan keluarganya sepanjang beliau ditidurkan dan bagaimana suaminya menangis teresakesak saat doktor memaklumkan beliau tiada harapan untuk hidup.

PENAWAR

Apabila membaca tulisannya mengenai kesedihan keluarganya, ini mengingatkan bahawa keluarga pada saat kita sakit, mereka inilah sebaik-baik penawar yang kita perlukan.

Buku ini juga mengajak kita supaya menghargai insaninsan yang baik di sekeliling kita.

Pada masa yang sama, ia mengajar kita untuk mencari kebaikan yang tersisa dalam hidup.

Kongsi penulisnya, banyak perkara yang beliau belajar sepanjang berada di Unit Rawatan Rapi, yang mengajar erti sabar, mengasuh dirinya untuk lebih mengawal emosi.

Catat Norni, tidak mudah sebetulnya terutamanya di peringkat awal terjaga daripada koma.

Ada waktunya beliau melihat orang lalu-lalang, jururawat selalu memeriksanya dan beliau memanggil, namun tidak diendahkan.

Penulis mencerita perkara benar kepada pembaca bahawa, ketika manusia jatuh pada titik paling rendah dalam kehidupannya, beliau berasa seakan-akan dunia tidak mengendahkannya. 

Pada bab Aku Mahu Pulang di halaman 123, Norni meluah rasa merajuknya.

“Pernah aku meminta seorang jururawat menukarkan lampin pakai buangku yang aku rasa kotor sekali, namun permintaan aku itu langsung tidak diendahkan,”tulisnya.

Pesan Norni kepada pembacanya, sesungguhnya nukilannya tidak sedikit pun meraih simpati jauh sekali bermegah atas kemenangannya melawan COVID-19.

Malah, penulis sendiri tidak pernah menjamin kemenangan pada hari-hari mendatang, namun naskhah daripadanya cuma berbentuk peringatan yang membawa keinsafan kepada dirinya.

DITIDURKAN

Kita yang membaca pun terkesan dengan bait-bait yang ditulis dalam setiap katanya sehingga berasa sendiri debaran, keinsafan, ketakutan dan kesedihan. Walaupun dibaca dengan santai, namun sarat pancingan yang menusuk hati pembaca.

Malah doktor yang setiap hari merawat pesakit ICU pun tidak akan dapat berkongsi pengalaman seperti dalam buku ini kerana Norni bercerita beliau ditidurkan sebaik panggilan video terakhir kepada keluarganya.

Malah penulis ingat dengan baik, bagaimana beliau diminta untuk membaca dua kalimah syahadah sebelum menutup mata. Perjalanan dunia komanya ditulis penuh emosi yang pasti sangat meresap ke dalam jiwa pembaca.

Buku ini harus dibaca oleh semua rakyat yang berjuang memerangi COVID-19 walaupun pandemik sudah lama berlalu.

Ingatlah, sesungguh COVID-19 itu benar tulisan Norni Osman dalam buku setebal 197 halaman itu mengajar kita untuk cuba memahami, bagaimana perasaan pesakit yang sedang dijangkiti virus itu.

Dan, ia menyuruh kita untuk tertanyatanya apakah sebenarnya yang berlaku ketika melalui proses ditidurkan. Apakah mereka mendengar dan tahu apa yang terjadi ketika itu?

Ia juga mengajak kita untuk berfi kir, bagaimana pengalaman pejuang virus itu , sama dan mungkin yang masih trauma.

Bacalah buku ini sebagai bahan bacaan yang menarik, santai sekali gus memberi motivasi dan pengajaran.

Namun, percayalah, kita harus sentiasa beringat bahawa hidup ini terlalu singkat.

Justeru, kongsikan kasih sayang dan kebaikan selagi hayat dikandung badan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berkaitan

Wartawan tanpa jiwa

PADA Selasa, saya menyunting artikel mengenai perisian teknologi yang diperakui

Lain-lain

Si duri tajam

DURIAN bukan sekadar pemegang takhta raja buah, tetapi juga raja