ARTIKEL

Perjanjian bekalan gas PCG-PETRONAS dilanjutkan bagi tempoh minimum enam bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tempoh sah perjanjian pembekalan gas sedia ada antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) untuk pembekalan etana dan propana sebagai bahan pengisian untuk operasi loji di Petronas Chemicals Olefins Sdn Bhd (PCOSB) telah dilanjutkan mulai Julai 1, 2023 pada terma dan syarat yang sama, sekurang-kurangnya enam bulan.

PCG dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perjanjian antara Petronas dan PCOSB telah dimeterai untuk tempoh 21 tahun dari 1 Julai 2002 hingga 30 Jun 2023.

Selepas itu, perjanjian itu telah diubah suai daripada PCOSB kepada anak syarikat milik penuh PCG, Petronas Chemicals Marketing (Labuan) Ltd (PCML) pada 1 April, 2018 dan daripada Petronas kepada anak syarikat milik penuhnya Petronas Energy and Gas Trading Sdn Bhd ( PEGT) pada 30 November, 2018.

“Ahli Lembaga Pengarah, selepas mengambil kira urus niaga berulang pihak berkaitan (RRPT), berpendapat lanjutan masa itu adalah demi kepentingan PCG.

“Lanjutan masa itu tidak akan mempunyai kesan material ke atas pendapatan, aset bersih atau tahap kadar hutang PCG bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP